Wednesday 12 December 2012

Definisi Reka Cipta

Menurut kamus Dewan Bahasa, reka cipta membawa maksud penghasilan suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Proses reka cipta berdasarkan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabungjalin bagi menyelesaikan sesuatu masalah dxengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentuk protataip atau model.

Reka cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai dan mempunyai nilai-nilai komersial. Reka cipta merangkumi bidang-bidang seperti grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran.

No comments:

Post a Comment