Monday 10 December 2012

Pencipta Kapal Terbang Pertama

Wright bersaudara



Orville Wright

Wilbur Wright
Wright bersaudara, iaitu Orville Wright (19 Ogos, 1871 - 30 Januari, 1948) dan Wilbur Wright (16 April, 1867 - 30 Mei, 1912), kini telah menerima pengisytiharan oleh Federation Aeronautique Internationale (FAI) untuk penerbangan mereka pada 17 Disember 1903 sebagai penerbangan pertama yang terkawal, berkuasa, dan dapat dikekalkan (dari masa berlepas sehingga mendarat) bagi sebuah kenderaan yang lebih berat daripada udara, dan yang menggunakan naik terbang mekanik tanpa sokongan (tujahan/daya angkat utama dicipta oleh perejanan kapal terbang).
Sejak penerbangan tersebut, tuntutan Wright bersaudara untuk penerbangan "pertama" ini telah dipertikaikan oleh pelbagai pihak. Terdapatnya banyak perbalahan antara tuntutan-tuntutan juruterbang awal yang bersaingan. (Sila lihat mesin penerbangan pertama untuk perbincangan lanjut). Dengan pengisytiharan FAI, pertikaian itu boleh dikatakan telah selesai.

No comments:

Post a Comment