RPH

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

Mata Pelajaran dan Kelas: Bahasa Malaysia Tahun 2

Tema/Tajuk: Reka Cipta – Pertandingan Reka Cipta

Masa: 11.40 – 12.10 Tengahari

Standard Pembelajaran: 1.6.2 / Literasi 1.6

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
i.  Melihat dan mengenal tokoh-tokoh reka cipta dengan betul.
ii. Menghasilkan satu reka cipta secara individu dengan kreatif.
iii. Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan   tepat secara bertatasusila.
iv. Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
1. Murid ditunjukkan dengan tokoh-tokoh reka cipta dengan menggunakan slaid power point.
2. Murid diterangkan tentang contoh-contoh reka cipta dan kegunaannya.
3. Murid diminta menghasilkan satu reka cipta yang kreatif dengan menggunakan sehelai kertas A4.
4. Murid menunjukkan reka cipta yang dibuat dan guru memberikan ulasan.
5. Guru meminta murid membina 5 ayat pendek berdasarkan bahan reka cipta yang dibuat.
6. Guru membacakan ayat dibina oleh murid dan membuat kesimpulan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti Literasi
1. Membina ayat pendek berdasarkan bahan rekaan yang dibuat.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):

Nilai Murni – berusaha, yakin Keusahawanan – kreatif dan inovasi

TMK – belajar melalui TMK

Bahan Bantu Belajar: Slaid power point, telefon bimbit, kertas edaran

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran: Murid dapat menghasilkan rekaan secara individu dan membina ayat yang pendek dengan betul.

No comments:

Post a Comment